PENDIDIKAN

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN:
TAHUN
SEKOLAH
1983 -1984 TADIKA CEMPAKA SARI
1985 - 1990 SEK. KEB GUAL SITOK
1991 - 1995 SEK. MEN. KEB GUAL PERIOK
1996 - 1997 SEK. MEN. TENGKU PANGLIMA RAJA
1998 - 2001 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Mengenai Fakulti Saya ....

ini di ceritakan serba sedikit mengenai fakulti , tempat saya belajar....

Fakulti Ekologi Manusia

Pada 1 April 1992, Jabatan Pembangunan Manusia dari Fakulti Pertanian dan Jabatan Sains Kemasyarakatan dari Fakulti Pengajian Pendidikan telah digabungkan untuk membentuk Fakulti Ekologi Manusia.  Sehingga Januari 1999, fakulti ini mempunyai jabatan seperti:

·  Jabatan Pembangunan Keluarga · Jabatan Pembangunan Sosial
· Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna · Jabatan Muzik

OBJEKTIF

· Menghasilkan graduan yang mempunyai kepakaran serta kemahiran dalam pelbagai bidang Ekologi Manusia, khususnya pembangunan Komuniti, kerja sosial serta pembangunan desa, bandar dan wilayah;

· Mengendali penyelidikan berkualiti bagi menghasilkan maklumat terkini, relevan dan komprehensif dalam bidang Ekologi Manusia ke arah rancangan dan perlaksanaan dasar sosial negara;

· Menyumbangkan khidmat prosesional dan perundingan kepada komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan bidang Ekologi Manusia; dan

· Meningkatkan kerjasama dengan institusi atau agensi dalam dan luar negara bagi projek yang mempunyai kepentingan bersama.

JABATAN

Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga: Jabatan ini memberi tumpuan kepada pengajian perkembangan individu sepanjang hayat dari peringkat janin hingga dewasa dengan penekanan di dalam bidang perkembangan dan psikologi kanak-kanak dan remaja, orang tua, pembangunan keluarga, pendidikan awal kanak-kanak dan kaunseling keluarga.  Jabatan menawarkan program MS dan PhD dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan pembangunan keluarga yang merangkumi kajian gerontologi, keibubapaan, keremajaan, bayi, kanak-kanak prasekolah serta hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna: Jabatan ini memberi tumpuan kepada bidang pengguna dan pengurusan sumber individu, keluarga dan komuniti untuk meningkatkan kualiti hidup.  Tumpuan diberikan kepada aspek perumahan, kewangan isi rumah, perkhidmatan dan peralatan rumah serta kajian pakaian dan tekstil.  Jabatan ini juga menawarkan program MS dan PhD dalam pengurusan sumber dan pengajian pengguna.

Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan:  Objektif utama jabatan ini ialah memberi pendidikan dalam pelbagai displin sains sosial dan kemanusiaan seperti antropologi, demographi, falsafah politik, psilologi dan sosiologi.  Jabatan ini menawarkan program MS dan PhD dalam Sosiologi Desa, Antroplogi, Pembangunan Komuniti, Antropologi, Pembangunan Komuniti, Antropologi Budaya,  Pengajian Falsafah, Politik dan Pembangunan, Falsafah dan Pengajian Kettamadunan, Politik dan Kerajaan, Pengajian Bandar dan Wilayah, Psikologi, Sosiologi dan Sosiologi Desa.

Jabatan Muzik:  Jabatan ini juga di kenali sebagai Konservatoire Universiti yang telah ditubuhkan pada 1996.   Jabatan ini menawarkan program Bacelor Muzik dan juga kursus elektif kepada pelajar dari bidang lain.  Kursus ini disesuaikan ke arah persembahan muzik, teknologi muzik dan pendidikan muzik. 

Objektifnya adalah untuk menghasilkan pemuzik profesional yang mahir dan berpengetahuan.

Jabatan ini juga menawarkan program MS melalui penyelidikan dalam aplikasi komputer dalam muzik, pendidikan muzik, padagogi, persembahan piano dan pedagogi violin.

KEMUDAHAN

Kemudahan Komputer:  Fakulti mempunyai 2 makmal komputer (Makmal A dan B).  Kemudahan ini disediakan kepada pelajar dan staf untuk aktiviti akademik dan penyelidikan.

Pusat Sumber:  Fakulti mempunyai pusat sumber dengan pelbagai koleksi buku dan rujukan dalam Ekologi Manusia bagi pelajar dan staf.

Makmal Perkembangan Kanak-kanak: Makmal Perkembangan Kanak-kanak ini terdiri daripada dua bahagian: taman prasekolah (untuk kanak-kanak 5-6 tahun) dan taman asuhan (untuk kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah).  Kedua-dua makmal ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai perkembangan kanak-kanak.  Pelajar juga berpeluang memerhati dan bekerja rapat dengan kanak-kanak dan keluarga mereka.